PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

 

E-FOLIO - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


NAMA KUMPULAN:

  1. FARRIZ IKHWAN BIN RAMLE (13DEE20F1017)
  2. MUHAMMAD FAEZULHADI BIN SHAWRI (13DEE20F1077)
  3. MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD RAZALI (13DEE20F1029)
  4. MUHAMMAD ASLAM BIN KHALID (13DEE20F1061)

PENSYARAH : PN. NOLI BINTI KASIM





Isi Kandungan

NO.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

6.0 Pengenalan

1

2.

6.1 Definisi Perlembagaan

1

3.

6.2 Konsep Perlembagaan

1

4.

6.3 Susunan perkara-perkara dalam Perlembagaan

2

5.

6.4 Sejarah Penggubalan Perlembagaan

3

6.

6.5 Peruntukan Istimewa Perlembagaan

3-4

7.

6.6 Kedudukan Bahasa Melayu

5

8.

6.7 Kedudukan Raja-raja Melayu

5

9.

6.8 Ciri-ciri Perlembagaan

5

10.

6.9 Tujuan Perlembagaan

6

11.

6.10 Peruntukan Utama dalam Perlembagaan

7

12.

6.10.1 Hak-hak Asasi

7

13.

Rumusan

8

14.

Rujukan

9








Penghayatan Etika dan Peradaban

TAJUK :

BAB 6 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

6.0 PENGENALAN

            Perlembagaan Malaysia dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan asalkan diguunakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun 1957. Pada tahun 1963, Perlembagaan Persekutuan telah diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri tersebut menyertai Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

 

6.1 DEFINISI PERLEMBAGAAN

            Perlembagaan ialah suatu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang menetapkan struktur, fungsi dan kuasa badan kerajaan yang dianggap penting bagi memerintah dan mentadbir sebuah negara. Perlembagaan juga merupakan badan atau kumpulan kaedah-kaedah dan amalan yang menubuhkan serta mengawal badan-badan kerajaan. Selain itu, Perlembagaan didefinasikan sebagai undang-undang tertinggi yang menjamin hak-hak asasi manusia sebagai warganegara. Dalam erti kata lain, perlembagaan ialah prinsip asas kepada dasar sesebuah negara dan juga memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam adat perundangan dan undang-undang.

 

6.2 KONSEP PERLEMBAGAAN

            Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Hal ini menyebabakan, semua rang undang-undang hendaklah tertaluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Jadi, mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya tanpa dikecualikan. Oleh itu, untuk memastikan ketertinggian perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu:

  1. Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah.
  2. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan menurut undang-undang.
  3. Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
  4. Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang  taat setia rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
  5. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.



1



6.3 SUSUNAN PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN

Bahagian

Perkara

Kandungan

 

1

 

1-4

 

Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

2

5-13

Kebebasan Asasi

 


3

14-22

Kewarganegaraan

(Bab 1-Pemerolehan Kewarganegaraan)

23-28

Kewarganegaraan

(Bab 2-Penamatan Kewarganegaraan)

29-31

Kewarganegaraan (Bab 3-Tambahan)

 

 

 

4

32-37

Persekutuan (Bab 1-Ketua Utama Negara)

38

Persekutuan (Bab 2-Majlis Raja-Raja)

39-43

Persekutuan (Bab 3-Badan Eksekutif)

44-65

Persekutuan

(Bab 4-Badan Perundangan Persekutuan)

66-68

Persekutuan (Bab 5-Tatacara perundangan)

69

 

Persekutuan (Bab 6-Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman)

5

70-72

Negeri-negeri

 

 

 

 

  

6

73-79

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 
(Bab 1-Pembahagian kuasa perundangan)

80-81

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 
(Bab 2-Pembahagian kuasa eksekutif)

82

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 
(Bab 3-Pembahagian beban kewangan)

83-91

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 
(Bab 4-Tanah)

92

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 
(Bab 5-Pembangunan Negara)

93-95

 

 

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 6-Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri)

95a

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 
(Bab 7-Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)

95b-95e

 

Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 

(Bab 8-Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak)

 

7

96-112

Peruntukan Kewangan (Bab 1-Am)

112a-112e

 

Peruntukan Kewangan (Bab 2-Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak)

8

113-120

Pilihan raya

9

121-131a

Badan Kehakiman

10

132-148

Perkhidmatan-perkhidmatan Awam

 

11

 

149-151

 

 

Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah Yang Memudharatkan Orang Awam dan Kuasa Darurat

12

152-160b

Am dan Pelbagai

13

161-161h

Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak

14

162-180

Peruntukan Sementara dan Peralihan

15

181

Kecualian bagi Kedaulatan, DSB., Raja-Raja

 16

 182-183

Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja

 



2








6.4 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Pada tahun 1954, rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk Negara serta membincangkan tentang penggubalan Perembagaan Persekutuan. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional conference 1956. Hasil daripada konferensi in, Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perembagaan Persekutuan Tanah Melayu.



Rukun Negara


 

6.5 PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan, masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang adil untuk semua pihak dan demokrasi. Menurut  Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

  • Seorang yang beragama Islam,
  • Bertutur bahasa Melayu,
  • Mengamalkan adat istiadat Melayu
  • Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

        Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) termasuk golongan yang menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Semenanjung. Dalam hal ini, walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kepentingan bagi kaum lain juga hendaklah dilindungi. Antara perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan orang melayu sebagai bumiputera ialah:

a. Perkhidmatan awam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Amat penting untuk YDPA merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak  suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam persekutuan memandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sangat kurang. Pada masa Tanah Melayu dijajah oleh British, kebanyakan jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh orang-orang India dan Sri Lanka yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala jawatan-jawatan tinggi pula dipegang oleh orang British. Penduduk pribumi pula bekerja sebagai nelayan dan petani. Untuk memperbaiki keadaan ini, para perwakilan daripada kaum Melayu, Cina dan India yang merangka  perlembagaan telah sepakat bahawa bilangan orang Melayu dalam pentadbiran mestilah ditambah dan diberi keutamaan.




3




b.   Lapangan ekonomi

Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan khas orang Melayu dan Bumipetera Sabah dan Sarawak dalam lapangan ekonomi. Dalam hal ini undang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen yang dikehendaki bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu.

Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perindustrian memandangkan selama ini orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi. Semenjak penjajahan British sehinggalah kemerdekaan, orang Melayu masih kurang menceburkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan, terutama bidang perniagaan yang kebanyakannya didominasi oleh bangsa asing. Usaha kerajaan selanjutnya ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970-an dengan harapan orang Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian di Negara ini.

 

c.     Pendidikan

Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi, pembelaan pendidikan orang Melayu sangat penting. Ini memandangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi bergantung pada pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggungjawab untuk melindung kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dana lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, YDPA boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan perlindungan untuk kepentingan kaum lain. Misalnya Fasa 4, memperuntukkan YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran kepada mana-mana orang selain orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Salah satu peruntukan utama untuk orang Melayu ialah kemasukan anak-anak Melayu ke universiti dan skim biasiswa. 




4




6.6 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

            Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) semenjak abad ke 15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu, bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan oleh pedagang-padagang yang datang dari serata dunia.

    Kedudukan Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Selain itu, terdapat juga peruntukan-peruntukan sementara terhadap penggunaan bahasa Melayu.

 

6.7 KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU

  1. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Majlis Raja-raja membincangkan perkara-perkara dan boleh bertindak mengikut budi bicara seperti berikut:
  2. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih atau memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
  3. Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.
  4. Memperkenan atau menolak apa-apa undang-undang yang mengubah  sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh tentang keistimewaan, kedudukan, kehormatan atau kebesaran raja-raja.
  5. Bersetuju atau tidak bersetuju apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas Persekutuan secara menyeluruh.
  6. Melantik anggota Mahkamah Khas.
  7. Memberi ampun, peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman.

            Semua raja dan Yang diPertua Negeri secara automatik menjadi ahli Majlis Raja-Raja. Walau bagaimanapun, Yang diPertua Negeri tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja untuk tujuan mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucut jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja. Selain itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda bertindak sebagai Ketua Negara Malaysia.

 

6.8 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

  • Kestabilan dalam pemeritahan
  • Tanggungjawab ke atas rakyat
  • Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya
  • Pembahagian kuasa
  • Kerajaan bersifat terbuka



5




6.9 TUJUAN PERLEMBAGAAN

Tujuan

Keterangan

 

 

Mewujudkan pemerintahan yang adil

Ø Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum

Ø Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak

Ø Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada Negara

 

 

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat

Ø Yang di-Pertuan Agong serta system pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan

Ø Perlembagaan Persekutuan merupakan panduan dalam pemerintahan dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan kepada Perlembagaan

Ø Perlembagaan Persekutuan menjamin keadilan,kecekapan dan ketelusan dalam system pentadbiran dan pemerintahan

Ø Menjelaskan bidang kuasa pemerintahan yang menjamin kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan

 

  

Menjaga keamanan dan kestabilan negara

Ø Sekatan-sekatan dalam Perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan menjamin keamanan dan kestabilan Negara serta mengekalkan perpaduan

Ø Pindaan terhadap Perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya

Ø Perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan

Ø Rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi dalam perlembagaan

Alat rujukan bagi menyelesaikan masalah

Ø Hukuman kepada individu yang melakukan kesalahan adalah dirujuk dalam perlembagaan

Ø Menjadi rujukan tertinggi dalam undang-undang yang bertentangan

Mengekalkan identity Negara/ menjamin keutuhan dan kedaulatan negara

Ø Unsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan akan menjamin riwayat Negara bangsa serta mengekalkan nilai dan identiti masyarakat Malaysia




6

Jata Negara





6.10 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN

        Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah Negara sebelum dan selepas penjajahan. Hal ini diambil kira bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Beberapa perkara telah diletakkan sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti kewarganegaraan, agama, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan kebebasan asasi.


    6.10.1 Hak-Hak Asasi

    Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:

        a. Kebebasan diri

    Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.


        b. Keabdian dan kerja paksa 

        Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan  untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.

 

                    c. Kesamarataan di sisi undang-undang 

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

 

                    d. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

    Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.




7




RUMUSAN

  • Pengetahuan

        Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.

        Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.

         Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .


  • Iktibar
        Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

  • Harapan

        Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.




8

 



Rujukan

1) Buku

  • Munirah Mustaffa & Mohamad Bazli Md Radzi. (2020). Penghayatan Etika dan Peradaban. Kuching, Sarawak: Perpustakaan Negara Malaysia.




2) Internet


9

Ulasan